JDT kecewakan PKNS FC 2-1 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

JDT kecewakan PKNS FC 2-1

OLEH AFIX REDZUAN

LARKIN, 15 APRIL: PKNS FC gagal mengekang kebangkitan Johor Darul Takzim (JDT) apabila tewas 2-1 dalam aksi Liga Super.

Aksi separuh masa pertama di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos menyaksikan kedua-dua pasukan lebih berhati-hati mengatur gerakan sebelum melancarkan serangan ke kubu lawan.


PKNS FC terlebih dahulu melakukan percubaan menerusi tandukan Gonzalo Manuel Soto namun tidak menepati sasaran.

Matias Nicolas Hadwa hampir merobek gawang JDT menerusi satu tandukan lintang ke gawang namun Mohd Farizal Marlias pantas penutup ruang.

Selepas 30 minit permainan, Red Ants memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-33 menerusi tolakkan Bobby Gonzales selepas menerima hantaran Nicolas Hadwa ke dalam kota penalti.

JDT kembali bangkit mengikat permainan pada minit ke-35 hasil jaringan sendiri Nicolas Hadwa yang gagal menanduk keluar bola sepakan percuma Safiq Rahim dengan sempurna lalu menerjah jaring PKNS FC.

Bersambung babak kedua Nicolas Hadwa berpeluang meletakkan PKNS FC mendahului permainan pada minit ke-52 tetapi penyerang itu gagal melakukan rembatan tepat ke arah gol selepas menerima hantaran daripada Bobby.

Sebaliknya Harimau Selatan pula yang berjaya menggandakan jaringan kepada 2-1 menerusi sepakan penalti Safiq Rahim pada minit ke-55 apabila pertahanan PKNS Shahrul Azhar Ture menjatuhkan Gonzalo Gabriel Cabrera dalam kotak penalti.

Mohd Fadhli Mohd Shas hampir mencatat nama sebagai penjaring gol ketiga JDT tetapi tandukannya berjaya dihalang penjaga gol gantian PKNS FC, Muhammad Zamir Selamat pada minit ke-69.

PKNS FC memperoleh peluang untuk menyamakan kedudukan pada masa tambahan namun situasi kelam kabut dihadapan gawang JDT gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

Keputusan itu menyaksikan JDT kekal memimpin carta Liga Super dengan 23 mata sementara PKNS FC turun ke tangga kesembilan dengan sembilan mata.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next