JMB jangan buat kerja sambil lewa | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Afeeqa Afeera

JMB jangan buat kerja sambil lewa

SHAH ALAM, 19 APRIL: Badan Pengurusan Bersama (JMB) baru Pangsapuri Seri Nipah, di sini, diminta lebih bertanggungjawab terhadap pengendalian dan penyelenggaraan kawasan terbabit.

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, penduduk juga perlu mempunyai kesedaran sivik untuk memelihara kebersihan pangsapuri berkenaan dan tidak menyalahguna kemudahan disediakan.

“Saya doakan semoga pengurusan JMB baru dilantikakan lebih bertanggungjawab, kompeten dan cekap mengendalikan hal di pangsapuri ini.


“Saya juga menyeru kepada semua penduduk supaya berganding bahu bersama saya untuk merubah kawasan ini menjadi ceria, selesa, selamat dan sejahtera.

“Tempat tinggal sejahtera adalah tanggungjawab kita,” katanya ketika melakukan tinjauan di pangsapuri berkenaan.

Rodziah berkata, selain bencana ekoran tangki pecah, pangsapuri terbabit turut berhadapan isu lif rosak hingga mendatangkan masalah kepada penduduk setempat.

rodziah 2Bagaimanapun, katanya, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sudah menghantar wakil bagi meninjau isu terbabit yang akan diselesaikan segera.

“Kami akan baiki secepat mungkin, memandangkan air tiada. Kesian penduduk perlu membawa air dibekalkan menggunakan tangga. Paling tinggi ke tingkat 10.

“Selain itu, isu kebersihan seperti sampah sarap di merata tempat, dewan serbaguna dijadikan longgokan simpan barangan terpakai, keceriaan, kebocoran dan kawasan gelap perlu ditangani segera.

“Jauh di sudut hati saya terfikir, ada hikmah d sebalik kejadian ini. Jika tidak, saya tidak berpeluang memahami isu dan masalah di pangsapuri ini secara mendalam,” katanya.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next