Jujur laksana kerja, elak ambil cuti palsu lari tugas | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Jujur laksana kerja, elak ambil cuti palsu lari tugas

OLEH ERMIZI MUHAMAD

AMPANG, 13 APRIL: Jujur melaksanakan tugas serta elak mengambil cuti palsu untuk lari daripada tugas antara pesanan diberikan salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Bagi penerima anugerah itu, Marlina Mokhtar berkata, pengiktirafan diberikan menjadi pendorong untuknya bekerja lebih kuat bagi memberikan perkhidmatan terbaik di peringkat pengurusan bandar.


“Ia akan menjadi kekuatan dan pendorong bagi saya untuk lebih positif menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya,” katanya.

Marlina yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun di Jabatan Kerajaan Negeri mendedahkan, kesungguhan individu dalam menjalankan amanah bergantung kepada komitmen yang dipertanggungjawabkan.

MPAJ“Jujur dalam menjalankan tugas dan elakkan mengambil cuti sakit palsu untuk lari dari tugasan kerana keberkatan dalam menjalankan tugas itu bergantung kepada niat dalam diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, Zailan Ab Talib mengamalkan pendekatan ‘telus’ yang diamalkannya ketika menjalankan tugas membolehkan dirinya kekal positif berdepan tekanan kerja.

“Ambil pendekatan positif untuk tingkatkan prestasi kerja dan bukannya cuba mengelak tangungjawab kerja dengan memberikan alasan yang menampakkan kelemahan diri,” katanya.

Mereka menyatakan perkara demikian pada Majlis Perasmian Perkhidmatan Cemerlang MPAJ di Hotel Flamingo, Ampang di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan itu, seramai 65 kakitangan MPAJ menerima pengiktirafan kecermelangan perkhidmatan dengan masing-masing menerima sijil penghargaan, cenderahati dan hadiah prestasi sebanyak RM1,000.00.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next