Kastam boleh fokus kerja lain jika tiada GST | Selangorkini


Kastam boleh fokus kerja lain jika tiada GST

OLEH AHMAD NIZAM

SHAH ALAM, 19 APRIL: Pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak dua tahun lalu bukan sahaja membebankan segenap lapisan rakyat, bahkan sistem dan prosedur pelaksanaannya juga rumit dan mengelirukan banyak syarikat yang terlibat melaksanakan cukai itu.

Ini terbukti apabila kira-kira 25,000 daripada lebih 437,000 syarikat yang berdaftar di bawah GST didapati tidak menghantar penyata bayaran mereka kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).


Malah, kira-kira 20 peratus daripada syarikat pula didapati menampilkan penyata bayaran cukai yang meragukan. Ini sekaligus membuktikan masih banyak syarikat yang sukar memahami prosedur GST.

Memetik kenyataan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan, Datuk Abdullah Jaafar sehingga Ogos 2016, sebanyak 21 syarikat disiasat manakala tiga lagi telah didakwa di mahkamah atas kesalahan di bawah Akta GST 2014.

KEADILAN juga mempersoalkan kewajaran tindakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia hingga terpaksa menggunakan 600 pegawai dan anggota untuk mengejar syarikat yang tidak memberi penyata bayaran atau penyatanya meragukan.

Ketidakcekapan dalam memungut kutipan hasil perlu segera diperbaiki, malah cara sekarang ternyata buang masa dan tenaga JKDM sahaja.

KUALA LUMPUR, 2 April 2016. Himpunan Bantah GST anjuran Parti Amanah di sekitar Kuala Lumpur. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Sebenarnya, semua masalah berkaitan GST dapat diselesaikan sekiranya Pakatan Harapan memerintah negara, ini kerana tiada cukai GST dikenakan (berkadar sifar) bagi memastikan semua rakyat tidak terbeban dengan kadar cukai enam peratus itu lagi.

Sejak GST diperkenalkan pada April tahun 2015, ternyata telah mengikis sebahagian besar wang rakyat lagi-lagi yang berpendapatan rendah dan sederhana sedangkan pelbagai barangan turut mengalami kenaikan yang besar.

Cukai GST adalah bersifat regresif kerana ia lebih menghukum isi rumah berpendapatan rendah daripada mereka yang berpendapatan tinggi.

Ketiadaan cukai GST jika Pakatan Harapan memerintah, membolehkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia menumpu tugas asasi mereka yakni pencegahan aktiviti penyeludupan dan sebagainya.

*Ahmad Nizam adalah Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Afeeqa Afeera


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next