Kleptokrasi peruntuh syiar Islam dan maruah Melayu | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Kleptokrasi peruntuh syiar Islam dan maruah Melayu

OLEH: DR AFIF BAHARDIN

Angkatan Muda Keadilan menyangkal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menuduh dan melabel parti pembangkang sebagai golongan yang ingin menghalang perkembangan syiar Islam dan Melayu di negara ini.

Hakikatnya, keruntuhan integriti beliau sebagai Perdana Menteri dan kelemahan beliau mentadbir negara adalah penghalang kepada syiar Islam dan merencatkan pembangunan umat Melayu.


Sebagai Perdana Menteri yang telah digelar kleptokrat oleh masyarakat antarabangsa Datuk Seri Najib bukan sahaja merosakkan syiar Islam dan masa hadapan orang Melayu sekaligus menggelincirkan negara dari landasannya yang sebenar.

Skandal 1MDB dan juga gejala rasuah serta kelemahan tadbir urus yang berleluasa di kalangan pimpinan UMNO di dalam kes – kes seperti MARA, Felda, Tabung Haji dan banyak lagi skandal kewangan lain telah mengakibatkan imej kepimpinan Islam dan Melayu telah tercemar, bukan hanya di dalam negara bahkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Angkatan Muda Keadilan mengecam Datuk Seri Najib Razak yang berbohong atas nama agama dan menyebarkan fitnah demi menutup barah 1MDB.

Ini adalah politik memperguna agama dan sentimen perkauman demi memastikan kelangsungan hayat politik beliau.

Imej kepimpinan Islam dan Melayu di negara ini tercemar hakikatnya kerana Najib Razak dan UMNO, bukannya parti pembangkang mahupun pihak lain.

Kegagalan mereka untuk menjadi pemimpin yang jujur dan amanah, serta akibat kerakusan mereka sendiri yang merompak dana rakyat telah mengakibatkan segala masalah yang dihadapi negara hari ini.

Angkatan Muda Keadilan mengulangi tuntutan kami dan majoriti rakyat Malaysia, yang mahukan Najib Razak untuk meletak jawatan dan dihadapkan ke muka pengadilan, agar pertanggungjawaban ke atas skandal 1MDB dapat dilakukan dan wang rakyat dapat dikembalikan ke tempatnya yang asal.
* DR AFIF BAHARDIN adalah Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

Berita Seterusnya

Rakyat tuntut perubahan

BERITA BERKAITAN

Prev
Next