KPKT tidak profesional, abai kebajikan rakyat | Selangorkini


KPKT tidak profesional, abai kebajikan rakyat

SHAH ALAM, 20 APRIL: Kerajaan Persekutuan bersikap tidak profesional dan adil terhadap rakyat apabila membatalkan kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen bukan Umno-Barisan Naional (BN).

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yiong Hian Wah berkata, arahan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu jelas tidak menghormati sistem demokrasi dan pilihan rakyat yang tidak memihak kepada Umno-BN.

“Tindakan sebegini tidak wajar, tidak profesional dan tidak adil dilaksanakan,” katanya kepada SelangorKini, di sini, hari ini.


Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Kembangan itu mengumpamakan tindakan KPKT sebagai satu kelakukan ‘orang kecil’ atau ‘xiao ren’ bermaksud Menterinya, Tan Sri Noh Omar, hanya mementingkan kebaikan diri sendiri.

Katanya, rakyat boleh menilai kepribadian Noh yang jelas menunjukkan beliau tidak layak bergelar pemimpin.

eanyong“Beliau hanya mementingkan perjuangan sempit politik Umno-BN dengan mengabaikan kebajikan rakyat,” katanya.

Semalam, KPKT mengeluarkan arahan membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen yang gagal dimenangi Umno-BN berdasarkan pekeliling dikeluarkan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar, bertarikh 17 Mac.

Arahan itu meliputi semua projek BP 1 yang menurut laman web KPKT merujuk kepada projek infrastruktur berskala kecil di peringkat majlis tempatan.

Abu Bakar Johar berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat 9 Mac lalu untuk “penyelarasan peruntukan projek BP 1 2017” yang dihadiri Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar bersama datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Malaysia.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Afeeqa Afeera


Norway    Norway   Norway   Norway  

Norway

Journalist

Hafizan Taib


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next