Laluan khas bas perlu disedia | Selangorkini


Laluan khas bas perlu disedia

OLEH SAARI SUNGIB

Inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan Negeri dengan menyediakan perkhidmatan bas percuma ternyata sangat membantu rakyat di negeri Selangor, namun begitu usaha yang baik ini perlu ditambah baik agar perkhidmatan bas diseluruh Selangor bertambah baik.

Saranan ini wujud apabila melihat keadaan semasa perkhidmatan bas sekitar daerah di negeri Selangor berpendudukan tinggi dan juga di kawasan bandar yang terganggu disebabkan kesesakan jalan raya. Kesesakan ini menyebabkan kualiti perkhidmatan bas terganggu yang mana ketepatan masa bas tidak menepati jadual.


Kesan masalah ini, akan menyebabkan perkhidmatan bas tidak menjadi pilihan yang terbaik buat rakyat negeri Selangor dalam mendepani tekanan ekonomi sosial yang kian menghimpit.

Bagi merealisasikan agenda Smart Selangor, saya percaya usaha untuk men’smart’kan laluan bas juga perlu supaya alternatif bas menjadi pilihan yang terbaik dan ekonomik dari segi wang dan masa kepada rakyat di negeri Selangor.

Contoh terdekat adalah di kawasan DUN Hulu Kelang yang mempunyai kapasiti penduduk yang tinggi serta keterbatasan laluan yang menghubungkan Hulu Kelang dan bandar-bandar di sekitarnya, ternyata DUN ini lebih sedekad lamanya menghadapi masalah kesesakan yang kritikal.

Justeru, saya mencadangkan agar usaha untuk meningkatkan kualiti kemudahan dan perkhidmatan pengangkutan awam dilakukan dengan menyediakan laluan khusus bagi pengangkutan awam agar menjadi pilihan yang terbaik kepada rakyat negeri Selangor.

 
* Saari Sungib adalah ADUN Hulu Kelang

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next