Lapan atlet terima anugerah penghargaan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Lapan atlet terima anugerah penghargaan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 1 APRIL: Seramai lapan atlet menerima penganugerahan pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor (ASNS) 2015-2016, malam tadi.

Acara tahunan yang dianjurkan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) itu adalah sebagai tanda pemangkin semangat atlet untuk meningkatkan kualiti dan mengharumkan nama negeri.


Ia bertujuan tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada perseorangan, persatuan sukan dan pertubuhan atas jasa perkhidmatan serta kepimpinan ke arah kemajuan sukan.

Majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu itu disempurnakan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bagi penyampaian anugerah kepada lapan atlet terpilih.

Baginda diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan negeri, Amirudin Shari.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan dalam memartabatkan dan sentiasa menghargai sumbangan para atlet dari semasa ke semasa.

“Kerajaan Negeri akan terus membantu bagi melengkapkan kemudahan sukan bagi tujuan pembangunan sukan.

“Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini juga kita membelanjakan hampir RM15 juta membaiki prasarana sukan antaranya pemuluhan padang astroturt hoki, pusat latihan gimnastik, pusat latihan lawan pedang dan pusat latihan memanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor (ASNS) 2015-2016 bertempat di Concorde Hotel, Shah Alam, malam tadi.

Anugerah Sukan tahun ini mempertaruhkan lapan kategori utama, antaranya Anugerah Olahragawan dan Olahragawati, Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan, Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan, Anugerah Pasukan Terbaik, Anugerah Jurulatih Terbaik dan Anugerah Khas.

Seramai tiga orang calon dipertandingkan bagi setiap kategori.

Pemenang dipilih dan dinilai oleh sembilan orang yang dilantik daripada golongan profesional.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next