Lebih 700,000 disasar lawat Hulu Selangor 2017 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Lebih 700,000 disasar lawat Hulu Selangor 2017

OLEH NORHAYATI UMOR

PUTRAJAYA, 8 APRIL: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyasarkan lebih 700,000 pengunjung ke daerah itu sempena Tahun Melawat Hulu Selangor 2017.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, Tahun Melawat Hulu Selangor yang bertemakan ‘Panorama Hulu Selangor Keindahan Alam Semulajadi’ itu turut memilih haiwan tapir yang diberi gelaran ‘Mr Tapiruz’ sebagai maskot.


Katanya, penganjuran tahun melawat itu bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke daerah terbabit yang mempunyai banyak tempat menarik serta memperkenalkannya sebagai hab sukan lasak kepada pelancong luar dan dalam negara.

“Tidak susah untuk mendapatkan jumlah pelancong yang ramai di Hulu Selangor kerana di Kuala Selangor kita dapat menarik seramai 2.5 juta pengunjung.

“Jadi, di daerah ini mungkin jumlah itu akan lebih meningkat kerana banyak tempat menarik yang boleh diteroka di sini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hulu Selangor Roadshow 2017 di IOI City Mall, di sini.

IMG_2939Hadir sama Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Asyikin Mohd Din dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bahru, Lee Kee Hiong.

Noraini berkata pelbagai program menarik dirangka sepanjang tahun ini antaranya siri gerak gempur Backpackers dan konvoi KKB-Krabi untuk diperkenalkan ke mata dunia.

Selain itu, katanya, pihaknya turut mengadakan KKB Glow Run, Hulu Selangor Photo Hunt, Wing of KKB, Larian Raja Bukit, King of Mountain, Karnival Sungai Selangor, pesta makanan dan KKB Art Festival.

Beliau berharap dengan penganjuran itu produk eko pelancongan yang terdapat di Hulu Selangor dapat diperkenalkan di peringkat luar dan dalam negara.

Katanya, ia juga mampu menjana ekonomi penduduk setempat dan membangunkan eko pelancongan yang diwarisi kepada generasi akan datang.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next