LZS laksana bancian asnaf fakir miskin | Selangorkini


LZS laksana bancian asnaf fakir miskin

SHAH ALAM 1 APR: Program gerak gempur permohonan yang menghantar borang bancian bagi kawasan Subang Jaya 1 dan Shah Alam 2 dilaksanakan bagi daerah Petaling melibatkan sebanyak 39 rumah pada 29-30 Mac.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu kenyataan di laman Facebook menyatakan ia meliputi kawasan Surau Darul Hidayah Lembah Subang, Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang, Masjid Al-Falah Kampung Budiman, dan Masjid Al-Barokah Kampung bukit Cherakah, Subang Jaya, Puchong, Bandar Sunway, Subang Perdana dan Subang Bestari yang merangkumi 11 kariah.

Program yang bermula sejak awal pagi sehingga selepas Zohor berjalan dengan lancar. Pasukan Operasi Agihan Daerah Petaling turun bagi menjejaki mereka yang memerlukan.


“Beberapa kes berkaitan diberhentikan kerja secara mengejut, kematian ketua keluarga, Masalah kesihatan kami temui dalam permohonan ini.

“Inilah lumrah perjalanan tugas kami sebagai amil. Kami turun terus kepada golongan sasar dan memastikan mereka menerima bantuan yang selayaknya.

“Doakan kami semua amil seluruh Malaysia khususnya di Selangor agar dapat menjalankan amanah agihan zakat ini dengan lebih baik dan berkesan,” tulis LZS.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next