Mangsa banjir di Ijok terima bantuan | Selangorkini


Mangsa banjir di Ijok terima bantuan

SHAH ALAM, 20 APRIL: Nasib mangsa banjir kilat di Pekan Ijok, Kuala Selangor mendapat pembelaan Kerajaan Negeri menerusi bantuan segera bagi meringankan beban.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, bantuan itu diberikan dalam bentuk keperluan asas dan akan disusuli sumbangan kewangan.

“Sumbangan kewangan akan diberikan kepada mangsa setelah siap proses dokumentasi, manakala keperluan asas ini adalah bantuan segera dalam bentuk beras, gula, kopi, biskut dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan.


Terdahulu, Daroyah mengadakan lawatan ke Dewan Kampung Harmoni, Ijok bagi menyantuni penduduk setempat sebelum memantau kerja pembinaan benteng pasir di lokasi yang menjadi punca banjir.

Seramai 16 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan selepas banjir kilat melanda kawasan Simpang Tiga, Ijok, pada 19 April lalu.

Sehingga kini, terdapat dua pusat pemindahan dibuka kepada mangsa iaitu di Kampung Sungai Serai dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Kundang.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Afeeqa Afeera


Norway    Norway   Norway   Norway  

Norway

Journalist

Syazwani Sufian


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next