Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan digantung

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 APRIL: Kerajaan Negeri menggantung perkara kontroversi dalam pindaan Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor edisi ke-3 berhubung peraturan membina rumah ibadat bukan Islam serta meminta jabatan bertanggungjawab menyemak semula butiran itu.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, perkara itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (MMKN) hari ini.

“Saya telah melaporkan kontorversi berkenaan Manual Garis Paduan Perancangan dan Piawaian Negeri Selangor pada Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (MMKN) pagi ini.

“MMKN telah menggantungkan pelaksanaan perkara yang menimbulkan kontroversi dalam garis panduan berkenaan dengan rumah ibadat selain Islam juga akan menyemak semua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Exco hari ini.

TENGKetika diminta mengulas mengenai kesediaan untuk meletakkan jawatan seperti yang dinyatakan sebelum ini Chang Khim berkata isu itu tidak timbul sebaliknya Kerajaan Negeri sentiasa menjaga keharmonian agama.

“Pada prinsipnya Kerajaan Negeri sentiasa memupuk keharmonian pelbagai agama di Negeri Selangor.

“Kita menghormati semua agama yang diamalkan rakyat Selangor. Maka segala dasar berkaitan agama Islam dan selain Islam kita hormati.

“Atas prinsip itu kita akan menggubal dasar, undang-undang dan garis panduan yang adil,” katanya.

Garis panduan edisi ke-3 itu adalah semakan kepada versi lama, bertujuan menjadikan peruntukan tidak jelas lebih jelas dan hanya terpakai kepada rumah ibadat bukan Islam yang baharu.

Antara peruntukan bermasalah itu termasuk isu rumah ibadat bukan Islam tidak boleh dibina dalam kawasan komersial atau dalam jarak 50 meter dari rumah umat Islam.

=EZY=


Pengarang :