Masjid baru penuhi keperluan penduduk Kampung Merbau Sempak | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Masjid baru penuhi keperluan penduduk Kampung Merbau Sempak

OLEH HAFIZAN TAIB

SUNGAI BULOH, 21 APR: Kerajaan Negeri mengenal pasti sebuah tapak tanah bersesuaian bagi pembinaan masjid baru di Kampung Merbau Sempak, di sini, bagi menggantikan masjid sedia ada.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehubungan itu perbincangan lanjut bersama Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkenaan peruntukannya akan diadakan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2018.


“Kita sudah kenal pasti satu tapak bersesuaian untuk pembinaan semula masjid.

MB MERBAU SEMPAH (1)“Walaupun agak kecil tetapi kita merasakan ia mencukupi untuk pembinaan masjid dengan anggaran nilai hampir RM10 juta,” katanya selepas solat Jumaat serta majlis penyerahan sumbangan baik pulih masjid dan surau di Masjid Nurul Amin, Kampung Merbau Sempak, di sini, hari ini.

Dato’Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan kepaada 19 mangsa banjir bernilai RM3,800 juga pemberian kad Peduli Sihat kepada 27 penerima.

Beliau berkata, pembinaan masjid itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun dan projek boleh dimulakan dalam tempoh terdekat dengan peruntukan sedia ada, manakala peruntukan tambahan akan dibuat, pada tahun hadapan.

“Kita juga sedang meneliti pembangunan sekolah agama rendah serta Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) baru di kawasan ini dan sekali lagi isu tanah sedang diselesaikan bagi tujuan berkenaan.

MB MERBAU SEMPAH (8)“Saya kira apabila pentadbiran Kerajaan Negeri mengambil usaha sebegini, maka kita dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat dalam tempoh singkat,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, program di Petaling adalah program mingguannya bersama pimpinan Kerajaan Negeri di setiap daerah dan minggu lalu diadakan di daerah Gombak khususnya di DUN Batu Caves dan Taman Templer.

Katanya, pemimpin perlu turun ke bawah mendengar masalah rakyat dan cuba menyelesaikan dengan segera seperti pembinaan masjid yang diminta penduduk setempat di kawasan itu.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next