Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Terpulang kepada SPRM untuk siasat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 APR: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan terpulang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dirinya berhubung dakwaan rasuah lampau seperti yang dibangkit semula segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

AZMIN (2)Katanya, sudah menjadi tanggungjawab SPRM membenteras gejala rasuah dan beliau bersikap terbuka berhubung perkara itu.

“Terpulang kepada SPRM. Mereka ada tanggungjawab untuk memastikan budaya yang bersih berlaku di semua peringkat dan saya mengambil sikap terbuka,” katanya.

Beliau berkata, desakan pihak tertentu supaya kes lama dibuka semula adalah agenda terdesak yang diguna pakai menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

“Mengapa isu lebih berpuluh tahun nak dihidupkan semula oleh pihak yang saya kira terdesak untuk menghadapi PRU akan datang?” katanya.

-NFN-


Pengarang :