MB tunggu Sandiaga ‘terbang’ ke Selangor | Selangorkini


MB tunggu Sandiaga ‘terbang’ ke Selangor

SHAH ALAM, 21 APR: Prestasi membanggakan calon wakil Gabenor DKI Jakarta, Sandiaga Salahudin Uno pada pemilihan pusingan kedua pilihan raya Gabenor Jakarta turut mendapat reaksi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Menzahirkan ucapan tahniah, Mohamed Azmin turut berkongsi catatan di Twitternya apabila sempat menghubungi Sandiaga di Indonesia.

“Berkesempatan menghubungi saudara @sandiuno petang ini (semalam) dan mengucapkan tahniah atas keunggulan dalam Pilgub DKI Jakarta,” tulisnya.


WhatsApp Image 2017-04-20 at 19.24.31 (1)Mohamed Azmin berkata, beliau akan mengadakan kunjungan ke Indonesia sebagai sokongan pihaknya terhadap prestasi Sandiaga.

Sebaliknya, Sandiaga memilih untuk ‘terbang’ ke Selangor bertemu Mohamed Azmin, di sini.

“Saya mahu ke Jakarta tetapi @sandiauno minta saya tunggu kunjungan beliau terlebih dahulu ke Selangor. InshaAllah, saya nantikan. #nusantara,” tulis Mohamed Azmin.

Terdahulu, pemilihan Gabenor Jakarta pusingan kedua menyaksikan bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Anies Baswedan berjaya mendahului calon lain.

Memetik laporan MalaysiaKini, keputusan kiraan pantas tidak rasmi oleh Indikator Politik, Anies menang dengan 58 peratus undi berbanding 42 peratus bagi Basuki Tjahaja Purnama.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (Indonesia) akan mengumumkan keputusan rasmi, pada awal Mei.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Nurul Farina Nazlan


Norway    Norway   Norway   Norway  

Norway

Journalist

Ermizi Muhamad


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next