MBPJ laksana Projek Perintis Kitar Semula | Selangorkini


MBPJ laksana Projek Perintis Kitar Semula

SHAH ALAM, 20 APRIL: Bagi mengurangkan kebergantungan dan memanjangkan hayat tapak pelupusan sisa pepejal sedia ada, Projek Perintis Kitar Semula dilaksanakan di Seksyen 11, Petaling Jaya, pagi tadi.

Menerusi Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), projek itu dijayakan Pusat Khidmat DUN Bukit Gasing dan Ahli Majlis Zon 11 dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBPJ.

“Pagi tadi diedarkan plastik jernih membolehkan penduduk mengasingkan barangan buangan kitar semula seperti plastik, kertas, logam, kadbod dan kaca.


“Manakala pada setiap hari Isnin kontraktor akan mengutip plastik jernih itu,” katanya dalam kenyataan.

MBPJ juga berharap penduduk dapat bersama mengamalkan projek perintis supaya pembuangan sisa pepejal dapat dikurangkan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Afeeqa Afeera


Norway    Norway   Norway   Norway  

Norway

Journalist

Syazwani Sufian


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next