Mereka carigali dan meneroka selama 567 hari, tetapi hasilnya menakjubkan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Mereka carigali dan meneroka selama 567 hari, tetapi hasilnya menakjubkan

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

KEJAYAAN bersejarah. Itu kata-kata paling tepat menggambarkan penerokaan dan penemuan penting minyak dan gas di Telaga Layang-Layang di kawasan Lumut di Brunei.

Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) mencatat kejayaan penting penemuan itu yang merupakan kali pertama menggunakan konsep geologi terkini iaitu Shale diapir trap.


Shale diapir trap adalah kaedah diterjemahkan daripada data seismos dan kajian singkapan kawasan Brunei (Brunei field outcrop studies). Shale diapir merupakan satu ruang luas disuntik dengan Syal (Shale) di bawah tekanan sub permukaan yang tinggi dan sebelum ini, tidak dianggap sebagai mekanisme perangkap sah (valid trap mechanisme) untuk BSP sehingga sekarang.

SHALEApa yang menjadikan penemuan itu satu yang menakjubkan adalah penggunaan teknologi pemprosesan seismos baru dan terkini dengan data lama yang sedia ada.

Teknologi baru itu membolehkan kejayaan dalam pemikiran geologi dan penggerudian selamat bagi Telaga Layang-Layang.

 

KEJAYAAN BERGANDA

Satu lagi pencapaian yang amat bermakna bagi penemuan itu adalah ia merupakan sebuah telaga di Padang Seria yang merupakan padang minyak tertua dan pertama Brunei yang ditemui pada 1929.

Walaupun sudah berusia lebih 80 tahun, ia merupakan satu kurnia yang terus berjasa di mana Seria merupakan kelahiran bagi industri minyak dan gas di Brunei dan akan terus menjana masa depan Brunei bagi generasi yang mendatang.

P4-A_13417Telaga itu digerudi dengan selamat pada sudut di bawah bandar Lumut hingga sedalam 4,319 meter iaitu satu kedalaman lebih tinggi daripada Gunung Kinabalu.

Telaga itu digerudi oleh kontraktor BSP, KCA Deutag di bawah kontrak penggerudian tempoh lama dengan kerjasama pasukan penerokaan dan pihak kontraktor, rig T203 telah direka dan dibina bagi penerokaan darat di Brunei.

Rig T203 itu beroperasi di Brunei selama 567 hari tanpa sebarang kejadian keselamatan atau alam sekitar dan seramai 52 peratus kakitangan yang terlibat dalam penggerudian Telaga Layang-Layang berkenaan adalah warga tempatan dari syarikat-syarikat sub kontraktor dan rig.

 

Nilai penemuan kira-kira 15% daripada Belanjawan Brunei B$6 bilion

BSP berkata, penilaian log telaga menunjukkan kolum minyak dan gas 300m yang signifikan dilebih enam selang takungan dengan kualiti pasir yang baik bagi kedalaman itu.

p01-2_20170413Jumlah sebenar penemuan itu masih belum dinilai tetapi kiraan awal menunjukkan bahawa sasaran awal iaitu 18mmboe telah dilepasi dan potensi pendapatan adalah bersamaan dengan kira-kira 15 peratus daripada belanjawan tahunan negara sebanyak $6 bilion.

Pengarah Urusan BSP, Dr Ceri Powell berkata, pencapaian itu merupakan sesuatu yang amat menarik di mana ia menunjukkan bagaimana teknologi terkini dan teknik canggih dalam penterjemahan data boleh membuka pelbagai peluang yang baru.

 

KERJASAMA KUKUH KUNCI KEJAYAAN

“Kita sedang merancang untuk menilai dengan cepat potensi penerokaan seterusnya dengan kumpulan berdedikasi kami yang terdiri daripada ahli geosains Brunei yang berkualiti tinggi.

“Saya rasa kunci faktor kejayaan adalah kerjasama yang kukuh dan integrasi di antara pakar geosains, operasi penggerudian dan jurutera petroleum, memanfaatkan perbezaan mereka daripada segi kepakaran, usia, jantina dan kewarganegaraan.

“Orang kami adalah kunci bagi mendapatkan penyelesaian dan membuka kaedah baru untuk menyelesaikan masalah lama,” kata Dr Ceri Powell.

P1-A_13417

 

PENEMUAN TAMBAH HASIL BRUNEI

Berita penemuan itu adalah berita yang amat baik bagi Brunei kerana di samping menambah jumlah asas sumber negara, hasil penemuan itu juga menyediakan penentukuran yang baik bagi prospek kawasan sekeliling yang belum digerudi di mana tiga lagi sedang dirancang untuk digerudi pada 2017 dan 2018.

Jumpa minyak1Selain daripada kempen penerokaan itu, minyak yang ditemui di Telaga Layang-Layang berkenaan akan terus dinilai dan dimajukan dengan sasaran yang tinggi ditetapkan bagi produksi pertama pada 2018 menerusi saluran paip ke BLNG dan SPARK yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Telaga Layang-Layang.

Penerokaan itu dijangka akan membawa kepada lebih banyak perkembangan minyak dan gas darat pada masa akan datang serta akan membuka lebih banyak peluang bagi Brunei dalam sektor hiliran.

 

PROSPEK EKONOMI BRUNEI

Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam Asia Development Outlook (ADO) 2017 bagi Brunei Darussalam yang diterbitkan baru-baru ini menyatakan selepas beberapa tahun kemerosotan keluaran dalam negara kasar (KDNK), kejatuhan harga pengguna dan defisit fiskal yang semakin meluas, Negara Brunei Darussalam bersedia bagi pemulihan sederhana.

Projek-projek pembinaan besar dan pemulihan pengeluaran dan harga minyak dan gas dijangka menaikkan KNDK dan inflasi kepada kawasan positif dan mengurangkan jurang fiskal.

 

SUMBER: MEDIA PERMATA/ KENYATAAN MEDIA BSP

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next