MPAJ cadang bina laluan trek basikal | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

MPAJ cadang bina laluan trek basikal

SHAH ALAM, 20 APRIL: Cadangan pembinaan laluan trek basikal sedang dirangka Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi menambah kepelbagaian fasiliti setempat di kawasan itu.

Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain berkata, penstrukturan cadangan berkenaannya sedang dijalankan sebelum keputusan lanjut dibuat.

“Memandangkan MPAJ banyak menganjurkan acara sukan berbasikal, terdapat permintaan untuk menyediakan laluan basikal di Pandan Indah.


“Untuk tempoh ini, kita masih lagi di peringkat penyediaan spesifikasi cadangan itu,” katanya.

Sebelum ini, MPAJ antara pihak berkuasa tempatan di negeri itu yang giat melaksanakan aktiviti berbasikal sebagai aktiviti bulanan antaranya Kayuhan Jalur Gemilang.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.2 juta bagi membiayai kos pembinaan trek jogging di Taman Tar dan RM28.9 juta bagi melaksanakan kerja penstabilan cerun.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next