Noh didakwa ‘perkudakan’ KPKT demi survival politik | Selangorkini


Noh didakwa ‘perkudakan’ KPKT demi survival politik

SHAH ALAM, 20 APRIL: Kerajaan Persekutuan didakwa menyalahgunakan kuasa ekoran keputusan drastik membatalkan kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen Barisan Nasional (BN) tewas dalam pilihan raya lalu.

Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam kenyataan bersama berkata, langkah itu dilihat hanya sekadar meperbanyakkan masalah lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, ia juga seolah menafikan hak rakyat membayar cukai dan segala jenis rangkaian cukai termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).


“Adakah rakyat di Parlimen pembangkang bukan sebahagian rakyat Malaysia?

“Tindakan ini adalah penyalahgunaan kuasa dengan membuat keputusan secara drastik dan kami percaya keputusan ini bakal memakan diri Umno-BN serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ‘diperkudakan’ demi survival politik Tan Sri Noh Omar,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan Dr Idris Ahmad (KEADILAN), Dato’ Ariff Sabri (DAP) dan Khalid Samad (AMANAH), hari ini.

PAKATAN berkata, pihaknya memberi jaminan akan melindungi kepentingan semua pihak di pihak berkuasa tempatan di semua negeri termasuk kawasan Parlimen BN jika diberikan mandat.

Noh-omar-projek-udang“Kami menggesa Noh Omar selaku Menteri bertanggungjawab untuk menarik semula surat itu dan kami turut mengesyorkan semua Ahli Parlimen pembangkang terlibat memfailkan tindakan undang-undang membatalkan perintah berkenaan,” katanya.

Semalam, KPKT mengeluarkan arahan membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen yang gagal dimenangi BN berdasarkan pekeliling dikeluarkan Ketua Pengarah jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar, bertarikh 17 Mac.

Arahan itu meliputi semua projek BP 1 yang menurut laman web KPKT, merujuk kepada projek infrastruktur berskala kecil di peringkat majlis tempatan.

Abu Bakar Johar berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat 9 Mac lalu untuk “penyelarasan peruntukan projek BP 1 2017” yang dihadiri Noh Omar bersama datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Malaysia.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Afeeqa Afeera


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next