Pengangkutan terbaik dunia, Najib jangan syok sendiri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Norway

Wartawan

Syazwani Sufian

Pengangkutan terbaik dunia, Najib jangan syok sendiri

OLEH DR DZULKEFLY AHMAD

Saya turut gembira mengenai kajian yang dijalankan oleh World Economic Forum (WEF) yang telah meletakkan Malaysia di kedudukan ke-11 terbaik dunia dalam infrastruktur pengangkutan awam dan swasta.

Namun, kegembiraan ini tidak lama apabila kajian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam survei terkini mengenai tahap kepuasan pengguna pengangkutan awam menunjukkan 48 peratus pengguna pengangkutan awam tidak berhasrat menggunakan pengangkutan awam pada masa hadapan.


Najib juga perlu akui bahawa kepuasan pengguna terhadap pengangkutan awam juga telah merudum sebanyak 13.95 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ini kerana majoriti rakyat merasakan bahawa kos pengangkutan adalah mahal, tidak menepati masa mengikut jadual dipaparkan serta perihal ‘connectivity’ yang jelasnya mencerminkan kegagalan pada tahap perancangan.

Seperkara lagi, kekhuatiran berlakunya penyelewengan dalam pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) semakin dirasakan umum. Saya mengulangi desakan kami agar KTMB dan Kementerian Pengangkutan mendedahkan segera Laporan Tahunan KTMB bagi 3 tahun yang lalu. Kemana perginya RM11.69 bilion wang rakyat dibelanjakan?

Justeru, penting untuk kerajaan Najib tidak syok sendiri dan kembali kepada realiti kesusahan yang dihadapi rakyat pada hari ini.

Komponen pengangkutan adalah penting dalam bakul Indeks Harga Pengguna (CPI) yang terkini melonjakkan ke paras 5.1 peratus pada bulan Mac lalu. Ini tertinggi sejak 2008 sejak yang mencatat CPI ke tahap 5.8 peratus.

Kembalikan kos pengangkutan yang berpatutan mengikut tahap bebanan ekonomi rakyat.

Seperkara lagi segera dedahkan laporan tahunan KTMB dan jangan berdolak-dalih lagi.

# Dr Dzulkefly Ahmad adalah Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH)

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next