Perkampungan menara gading persediaan mahasiswa hadapi cabaran | Selangorkini


Perkampungan menara gading persediaan mahasiswa hadapi cabaran

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 5 APRIL: Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menganjurkan Perkampungan Menara Gading Kebangsaan (PMGK) 2017 bagi persediaan pelajar melangkah ke gerbang universiti.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, seramai 300 peserta terdiri daripada pelajar lepasan SPM, STPM serta STAM menyertai program itu sebagai platform latihan khas untuk bakal mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia.


Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, dengan bertemakan ‘Tekad Transformatif: Memberdaya Kebitaraan Mahasiswa Mukmin’, UNISEL memandang positif usaha PKPIM mengangkat budaya ilmu dan pendidikan di negeri ini.

“Melalui penganjuran program ini, secara tidak langsung ia mampu memberdayakan potensi bakal mahasiswa dan mahasiswi, seterusnya melahirkan generasi yang mampu menjadi harapan umat.

“Diharap program ini juga dapat melahirkan generasi bitara produktif, progresif serta dinamik menyumbang kepada pembentukan negara bangsa yang maju,” katanya dalam kenyataan.

Mohammad Redzuan juga turut menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokasi Perkampungan Menara Gading 2017 yang diadakan di kampus UNISEL Bestari Jaya, bermula 1 hingga 4 April lalu.

Difahamkan program berlangsung selama empat hari itu meliputi pelbagai aktiviti antaranya pilihan raya kampus, “town hall discussion” dan forum Pendidikan Al Hikmah : Kearah Pembebasan Budaya Biskut.

Turut hadir Naib Presiden ABIM, Khairul Anwar Ismail sebagai panel bagi Siri Dialog: Memberdaya Tekad Transformatif bersama Tokoh Belia ASEAN 2014, Jufitri Joha dan Naib Presiden WADAH, Prof. Madya Dr. Izura Udzir sebagai panel jemputan.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next