Pertanian Urban DUN Taman Medan sedia tumbuhan organik segar | Selangorkini


Pertanian Urban DUN Taman Medan sedia tumbuhan organik segar

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 APR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan menerajui pembangunan pertanian urban di negeri ini menerusi pelancaran Projek AgroBox yang didukung sepenuhnya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, projek yang dibangunkan secara bersama membabitkan Universiti Malaya Entrepreneurship Centre (UMEC) dan DUN Taman Meda itu menampilkan amalan pertanian bandar berasaskan projek tanaman organik.


“Projek ini menempatkan kontena yang dibahagikan kepada dua permukaan atas sebagai tempat penanaman sayuran dan di bawahnya tempat untuk pemeliharaan ikan.

“Menariknya, bahan buangan ikan peliharaan itu akan digunakan sebagai baja tanaman organik kepada tumbuhan di atas yang diyakini sangat bersih, selamat dan berkhasiat,” katanya kepada SelangorKini.

Projek AgroBox menggunakan sebuah kontena bekeluasan 5.8 meter yang memberi penumpuan utama tanaman organik bandar.

Haniza berkata, pelaksanaan projek itu diwujudkan sebagai sumbang saran menggalakkan aktiviti pertanian dan perolehan hasil tani organik di kawasan bandar.

“Petaling Jaya adalah kawasan bandar yang kurang akses kepada sumber pertanian hijau membabitknya penyertaan komuniti setempat di kawasan bandar.

“Justeru apabila Universiti Malaya memaklumkan keberkesanan projek ini, DUN Taman Medan terbuka untuk menyambut baik perkembangan positif ini.

“Secara tidak langsung, usaha ini boleh diangkat di peringkat seluruh MBPJ untuk menggalakkan pertanian hijau bandar,” katanya.

Untuk tempoh ini usaha itu giat dilaksanakan di Petaling Jaya Selatan (PJS1) membabitkan Persatuan Penduduk South Avenue PJS1.

Bagaimanapun Haniza berkata, Persatuan Penduduk di sektiar DUN Taman Medan yang disaran untuk terlibat sama dalam projek terbabit.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next