Pindaan RUU Keganasan Rumah Tangga perlu lebih awal | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Pindaan RUU Keganasan Rumah Tangga perlu lebih awal

 

PETALING, 21 APR: Tindakan pembaharuan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 seharusnya dilaksanakan lebih awal.

Ahli Dewan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, pembaharuan itu amat baik dan perlu disokong semua pihak, namun ia agak terlewat selepas pelbagai kes keganansan rumah tangga yang dilihat semakin meningkat.


“Dapat dilihat, isu berkaitan wanita sering kali lambat diambil tindakan. Ini berlaku kerana kita kurang perwakilan untuk menegakkan hak wanita.

yeo-bee-yin-kidex“Bagaimanapun, pembaharuan ini kita tetap sokong dan berharap akan ada lebih banyak RUU berkaitan wanita dikemukakan serta ramai perwakilan wanita yang akan bersuara di Parlimen,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa keganasan rumah tangga kini boleh mendapat Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) pada hujung minggu atau di luar waktu pejabat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ia adalah antara lima pembaharuan yang akan dimasukkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017.

Pada masa sama, Bee Yin turut memberikan pandangan serupa terhadap perlindungan kanak-kanak khususnya anak perempuan yang perlu diberi keutamaan dalam pendidikan bukan diberi pendedahan terhadap perkahwinan, seawal usia 16 tahun.

“Seharusnya anak perempuan seusia itu diberi keutamaan dalam pendidikan sebagai inisiatif awal pembangunan modal insan yang akan memberi faedah jangka masa panjang.

“Sebab kita dapat lihat jika wanita itu tidak mempunyai pendidikan, mereka mudah didera dan dipandang rendah oleh kaum lelaki kerana kurangnya jati diri.

“Selain itu, perkahwinan di awal usia juga mengundang kepada kes penceraian. Apabila mereka bercerai diusia yang muda dan tidak mempunyai pendidikan, kebergantungan mereka juga terhad.

“Sebab itu, perlunya kita utamakan pendidikan kepada anak perempuan khususnya supaya mereka mampu berdikari untuk masa hadapam,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next