Program Pengasingan Sampah diperluas, amal kitar semula | Selangorkini


Program Pengasingan Sampah diperluas, amal kitar semula

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 APRIL: Program Pengasingan Sampah dari Rumah yang dilancarkan sebelum ini diperluaskan lagi ke seluruh kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tahun ini.

Datuk Bandarnya, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, usaha itu dilaksanakan berterusan bagi mendidik masyarakat pentingnya penjagaan alam sekitar.


“Sebelum ini, kita memilih kawasan sebagai ‘pilot project’ selama enam bulan tetapi kini kita akan teruskan di banyak lagi kawasan.

“MBSA menyedari keperluan pengasingan sampah ini sebagai amalan kitar semula yang harus dipupuk dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika ditemui.

Zaharin berkata program itu bertujuan mendidik masyarakat dengan menerapkan kepentingan menjaga alam sekitar di dalam diri juga keluarga.

Terdahulu, pelaksanaan Fasa ke 2 pada Oktober tahun lalu membabitkan enam lokasi iaitu Seksyen 8, 19, 24, 31, U5 dan U20.

Setiap lokasi terpilih akan diberikan plastik pengasingan sisa iaitu kertas, aluminium, tin dan plastik.

Kutipan sisa yang boleh dikitar semula dikutip seminggu sekali, pada setiap Sabtu.

Pada masa sama, Zaharin memaklumkan aduan kutipan sampah semakin berkurangan ekoran inisiatif MBSA mula memperketatkan syarat lantikan kontraktor, Julai tahun lalu.

“Aduan secara terus kepada saya melalui Whatsapp juga tiada. Jika dahulu, saya banyak menerima aduan secara terus daripada penduduk kini tidak lagi,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next