Program Tuisyen Percuma Online semudah di hujung jari | Selangorkini


Program Tuisyen Percuma Online semudah di hujung jari

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 5 APRIL: Program Tuisyen Di Atas Talian (Tuition Online) adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi menyediakan kemudahan pembelajaran kepada pelajar secara lebih meluas.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, program itu adalah salah satu Inisiatif Peduli Rakyat dalam usaha Kerajaan Negeri membangunkan Smart State dengan Smart Education adalah salah satu agenda wawasan berkenaan.


“Ia menjadi pelengkap kepada Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan manfaat tuisyen percuma.

“Kerajaan Negeri berharap dengan memberikan inisiatif ini, ia dapat merapatkan jurang pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bandar dan luar bandar ke arah meningkatkan prestasi SPM 2017,” katanya dalam Majlis Pelancaran Tuisyen Atas Talian (Tuition Online) di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini, hari ini.

Sebagaimana diketahui umum, beliau berkata, Selangor menunjukkan peningkatan dalam prestasi SPM tahun lalu berbanding tahun sebelumnya di mana pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) adalah 5.2 peratus bagi calon luar bandar berbanding 4.96 peratus bagi GPS bandar.

“Program sebegini adalah kaedah pembelajaran menjadi trend terkini iaitu semudah di hujung jari.

“Pelajar boleh mengakses program melalui komputer mahupun aplikasi android, boleh diulang siar mana-mana topik sukar, membuat latihan online serta berkomunikasi dengan guru juga emel,” katanya.

Turut hadir, Pengurus Besar Yayasan Selangor, Zahura Zakry; Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Dr Halimah Ali; Pengarah PPAS, Mastura Muhamad dan hadirin lain.

Anak-anak Selangor boleh daftar di www.smartselangorfreetuition.com

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next