Program Wings Of KKB 2017 diberi nafas baru | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Program Wings Of KKB 2017 diberi nafas baru

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 APRIL: Program Wings Of KKB 2017, Selangor International Birds Race diberi nafas baru kepada penganjuran kejohanan dan cabaran kepada ‘birder’ dan ‘bird photographer’ dengan memperkenalkan laluan baru.

Laluan baru itu adalah dari Kuala Kubu Bahru ke Bukit Fraser melalui Taman Warisan Negeri Selangor.


Penganjuran kali ke enam yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) itu akan diadakan pada 21 hingga 23 April ini.

“Dalam program ini nanti, acara utama iaitu ‘bird watching’, ‘bird photography’ dan ‘birds painting’ masih dikekalkan.

“Format pertandingan bagi ketiga-tiga pertandingan masih dikekalkan.

“Pertandingan ‘birds watching’ bagi kategori sekolah akan berlangsung pada 22 April di Kuala Kubu Bahru manakala ‘birds watching’ kategori terbuka dan IPT akan bermula pada 22 April di Kuala Kubu Bahru dan berakhir di Bukit Fraser,” menerusi kenyataan yang dikeluarkan MDHS.

Selain itu, bagi pertandingan ‘birds painting’, MDHS akan bekerjasama dengan Persatuan Pelukis Perak. Ia terbuka kepada tiga kategori iaitu Sekolah Rendah, Menengah dan Terbuka.

“Lukisan perlu bertemakan burung tempatan dan burung yang dilukis perlu dikenal pasti spesisnya oleh pengadil pertandingan,” katanya.

Maklumat lanjut dan syarat pertandingan boleh didapati di blog wingsifkkb.blogspot.com atau menghubung MDHS di talian 03-60641331 atau 03-60641155.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next