Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar AS minggu depan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar AS minggu depan

KUALA LUMPUR 15 APRIL: Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, memandangkan sentimen terhadap mata wang negara maju itu akan dipengaruhi oleh ketegangan geopolitik, kata peniaga.

Langkah diumumkan Bank Negara Malaysia untuk memperkukuhkan pasaran kewangan, termasuk menyemak semula pengawalseliaan bagi membolehkan pelabur melindungi nilai dedahan mata wang mereka sepenuhnya serta membenarkan semua peserta domestik menjalankan jualan singkat bon negara, akan meningkatkan keyakinan peniaga terhadap mata wang tempatan.

“Pemulihan harga minyak mentah yang berterusan juga sebahagiannya akan menyokong ringgit,” katanya lapor BERNAMA.


Mengikut Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan lebih tinggi pada 4.4050/4100 berbanding dolar AS daripada 4.4335/4365 yang dicatat pada Jumaat minggu lepas.

Mata wang tempatan turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1521/1572 daripada 3.1616/1649 Jumaat minggu depan, naik berbanding euro kepada 4.6786/6847 daripada 4.7159/7195 minggu lepas.

Ringgit turut kukuh berbanding pound kepada 5.5107/5187 daripada 5.5108/5155 bagaimanapun susut berbanding yen kepada 4.0450/0503 daripada 4.0075/0106 Jumaat minggu lepas.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next