EKONOMI

Ringgit diniaga lebih tinggi 4.4280/4320 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 5 APRIL: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur kehilangan minat berikutan risiko menjelang pertemuan Presiden Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping minggu ini, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi ini, mata wang tempatan diniagakan pada 4.4280/4320 berbanding dolar daripada penutup semalam 4.4300/4330.

Seorang peniaga berkata, sidang kemuncak Trump-Xi antara lain mungkin membincangkan mengenai perdagangan serta tukaran mata wang asing, lapor BERNAMA.

Sementara itu, Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pagi ini, dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,746.210, susut 0.98 mata berbanding penutup semalam.

Pada jam 9.04 pagi, kaunter untung mengatasi rugi 236 berbanding 81, manakala 1,437 kaunter diniagakan tidak berubah.

=EZY=


Pengarang :