Ringgit diniaga rendah 4.4280/4320 berbanding dolar AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Ringgit diniaga rendah 4.4280/4320 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 4 APR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kurangnya permintaan di tengah-tengah kesuraman yang melanda mata wang negara besar itu, kata seorang peniaga.

Pada jam 9:23 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.4280/4320 berbanding 4.4260/4290 pada Isnin, lapor BERNAMA.

Dolar AS dijangka menerima kelembapan sokongan pelabur menjelang mesyuarat antara Presiden Donald Trump dengan Presiden China Xi Jinping, kata peniaga itu.


Sementara itu, jangkaan lebih lanjut terhadap kenaikan kadar faedah AS juga mempunyai kesan yang buruk kepada dolar dengan peniaga cuba untuk mengukur kadar kenaikannya yang mana kadar faedah itu akan dinaikkan sepanjang tahun.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah. Mata wang tempatan menurun berbanding euro kepada 4.7220/7281 daripada 4.7186/7235 pada Isnin dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1683/1730 daripada 3.1664/1710 semalam.

Ia susut berbanding yen kepada 4.0025/0072 daripada 3.9734/9779 pada Isnin tetapi naik berbanding pound British kepada 5.5306/5360 daripada 5.5422/5464 sebelum ini.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next