EKONOMI

Rizab BNM 31 Mac RM422.2 bilion

KUALA LUMPUR 8 APRIL: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$95.4 bilion (bersamaan RM422.2 bilion), pada 31 Mac 2017.

“Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar jangka pendek,” menurut BNM dalam kenyataan.

Rizab antarabangsa BNM pada 15 Mac lalu berjumlah AS$94.9 bilion (RM425.5 bilion).

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$88.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AUS$3.3 bilion).

Aset bank pusat termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM422.156 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM5.966 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.417 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.808 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset-aset lain (RM10.225 bilion).

Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM147.369 bilion), mata wang dalam edaran (RM99.452 bilion), deposit oleh institusi persekutuan (RM176.109 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM5.318 bilion), deposit lain (RM520.784 juta), kertas Bank Negara (RM9.488 bilion), peruntukan SDR (RM8.077 bilion) dan liabiliti lain (RM4.25 bilion).
=EZY=


Pengarang :