Siemens AG peruntuk 100 juta euro geran pelajar IPT | Selangorkini


Siemens AG peruntuk 100 juta euro geran pelajar IPT

PETALING JAYA 14 APRIL: Siemens AG, peneraju industri pembuatan dan automasi memperuntukkan 100 juta euro (RM466 juta) dalam bentuk geran perisian kepada pelajar institusi pendidikan tinggi Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Joe Kaeser, berkata geran itu akan digunakan untuk melatih pelajar dan generasi jurutera akan datang.

“Peruntukan itu adalah bagi tujuan latihan semula dan memperkasa pendidikan dalam bidang pendigitalan, iaitu fokus baharu Siemens.


“Pelaburan ini akan diselaraskan dengan keperluan kerajaan sebagai sebahagian usaha pembinaan kapasiti negara dan menjamin kejayaannya, ” katanya kepada pemberita semasa membentangkan Pelan Induk Siemens di Malaysia 2017 di sini, hari ini, lapor BERNAMA.

Kaeser berkata, geran kepada universiti dan kolej akan membolehkan pelajar didedahkan kepada dunia pembuatan maya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next