Selangorkini
NASIONAL

Skim Insurans Pekerja keperluan mendesak, majikan tak patut tolak

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 12 APRIL: Skim Insurans Pekerja (EIS) bagi membantu golongan itu yang diberhentikan adalah keperluan mendesak ekoran keadaan ekonomi semasa negara yang tidak menentu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji skim insurans pekerjaan tenaga kerja jika dilaksanakan boleh memberi manfaat kepada 6.5 juta orang.

“Mereka adalah dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana dimana mereka ini juga golongan yang paling terkesan di dalam keadaan ekonomi sekarang.

“Perancangan skim insurans pekerjaan dinamik berniat melindung warga kerja yang hilang pekerjaan disamping memberi insentif untuk mereka terus mencari pekerjaan, sepatutnya mendapat sokongan semua,” katanya dalam kenyataan.

Walaubagaimana pun, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menyuarakan bantahan mereka ke atas skim itu.

“Amat tidak wajar pihak majikan membantah pelaksanaan skim insurans yang memberi faedah kepada pengangguran kerana kebanyakan syarikat masih tidak memberikan gaji setimpal dengan kadar keuntungan diperolehi pihak syarikat.

“Kadar peratusan 0.25-0.5 peratus daripada gaji (mengikut model SOCSO) tidak sepatutnya memberi kesan begitu mendalam kepada operasi bisnes, dan memandangkan skim ini menyalurkan wang kepada kebajikan pekerja, memang tiada sebab majikan menolak cadangan ini,” katanya.

=EZY=


Pengarang :