Tamatkan segera kontrak syarikat Godell Parking | Selangorkini


Tamatkan segera kontrak syarikat Godell Parking

PETALING, 21 APR: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diminta menamatkan segera kontrak Syarikat Godell Parking Sdn Bhd bagi menangani masalah tempat letak kereta bermeter yang rosak di sekitar bandar raya itu.

Ahli Dewan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, perkara itu perlu diambil tindakan segera apabila syarikat terbabit melanggar perjanjian kontrak tidak membaiki meter parkir yang rosak sekian lama dan penamatan kontrak hanya akan berlaku, pada 2020.

“Kerana kontrak yang akan tamat tidak kurang dari empat tahun lagi, syarikat Godell melepaskan tanggungjawab dengan tidak membaiki mesin parkir yang terdapat di sekitar Petaling Jaya.


YEO BEE YIN (4)“Bukan sahaja Godell tidak mengekalkan meter letak kereta. mereka juga tidak membayar sewa kepada MBPJ.

“Oleh itu, MBPJ perlu menamatkan kontrak syarikat konsesi swasta ini secepat mungkin,” katanya dalam sidang media di Jalan PJU 1/3A, Sunwaymas Commercial Centre, di sini, pagi tadi.

Selain itu, katanya, beliau juga menerima banyak aduan daripada orang ramai kerana mereka perlu berjalan jauh untuk mencari meter yang berfungsi, malahan perlu meletakkan nota memberitahu pihak berkuasa tempatan bahawa mesin rosak kerana bimbang disaman.

Bee Yin menyarankan, MBPJ mengambilalih sepenuhnya sistem parkir di kawasan pentadbirannya dan tidak perlu sub kepada syarikat lain.

“Dalam perjanjian, Gordell mendapatkan semua bagi 21,000 ruang tempat letak kereta di MBPJ dan hanya perlu bayar RM37.45 bagi satu petak sebulan.

“Namun, keuntungan itu diperoleh sepenuhnya MBPJ dan penyelenggaran dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik demi memudahkan orang ramai jika mereka ambil alih,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Nurul Farina Nazlan


Norway    Norway   Norway   Norway  

Norway

Journalist

Syazwani Sufian


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next