Selangorkini
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 21 APRIL 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

1. Masjid baru penuhi keperluan penduduk Kampung Merbau Sempak

Kerajaan Negeri mengenal pasti sebuah tapak tanah bersesuaian bagi pembinaan masjid baru di Kampung Merbau Sempak, di sini, bagi menggantikan masjid sedia ada.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehubungan itu perbincangan lanjut bersama Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkenaan peruntukannya akan diadakan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2018.

https://selangorkini.my/2017/04/masjid-baru-penuhi-keperluan-penduduk-kampung-merbau-sempak/

2. Tindakan KPKT nafi hak rakyat nikmati hasil negara

Tindakan tidak memadai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membatalkan kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen bukan Umno-Barisan Naional (BN) menafikan hak rakyat menikmati hasil negara dengan adil.

Ahli Dewan Negeri Rawang, Gan Pei Nei berkata, rakyat seharusnya menikmati kemudahan seperti dijanjikan itu tanpa mengira di kawasan Parlimen Umno-BN atau bukan sebagai pembayar cukai.

https://selangorkini.my/2017/04/tindakan-kpkt-nafi-hak-rakyat-nikmati-hasil-negara/

3. Lantikan 169 Ketua Blok Kuala Selangor tingkat produk tani

Seramai 169 petani di kawasan pengairan daerah Kuala Selangor dipilih sebagai Ketua Blok Pertanian Sawah Padi bagi mengusahakan produk pertanian kawasan diwakili mereka.

Lantikan membabitkan kawasan pengairan di Sawah Sempadan (39), Sungai Burong (61), Sekinchan dan Sungai Leman (69).

https://selangorkini.my/2017/04/lantikan-169-ketua-blok-kuala-selangor-tingkat-produk-tani/

4. AEON Credit-HelloGold tawar skim pembiayaan milikan emas patuh syariah

AEON Credit Service (M) menjalinkan kerjasama bersama HelloGold Sdn Bhd bagi merancakkkan lagi aktiviti jualan dalam talian dengan memperkenalkan skim pembiayaan milikan emas patuh syariah pertama di negara ini.

Pengarah Urusan AEON Credit, Kenji Fujita berkata, kaedah itu dilaksanakan sebagai inisiatif urusniaga baru pihaknya seiring kemajuan teknologi terkini.

https://selangorkini.my/2017/04/aeon-credit-hellogold-tawar-skim-pembiayaan-milikan-emas-patuh-syariah/

5. Pindaan RUU Keganasan Rumah Tangga perlu lebih awal

Tindakan pembaharuan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 seharusnya dilaksanakan lebih awal.

Ahli Dewan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, pembaharuan itu amat baik dan perlu disokong semua pihak, namun ia agak terlewat selepas pelbagai kes keganansan rumah tangga yang dilihat semakin meningkat.

https://selangorkini.my/2017/04/pindaan-ruu-keganasan-rumah-tangga-perlu-lebih-awal/


Pengarang :