Selangorkini
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 23 APRIL 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

 

1. Masjid Setia Alam RM14 juta dibina, ahli kariah sumbang RM4 juta

Sebanyak tujuh masjid akan mula dibina tahun ini, dengan peruntukan RM67.4 juta, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, ia termasuk Masjid Setia Alam yang menerima peruntukan RM14 juta menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

https://selangorkini.my/2017/04/masjid-setia-alam-rm14-juta-dibina-ahli-kariah-sumbang-rm4-juta/
2. MB: Tindakan Noh seolah menghukum rakyat Selangor

“Itu adalah sangat tidak wajar bagi seorang menteri sedangkan dia harus faham setiap ringgit dalam poketnya, 25 sen datang dari Selangor.

“Maka, adalah menjadi tanggungjawab moral beliau untuk memastikan bahawa projek kerajaan diagihkan mengikut undang-undang, seterusnya berlaku adil kepada rakyat Selangor,” kata Mohamed Azmin kepada pemberita.

https://selangorkini.my/2017/04/mb-tindakan-noh-seolah-menghukum-rakyat-selangor/
3. Selesaikan bayaran RM60 juta jika Persekutuan mahu ambil alih pengurusan

Kerajaan Persekutuan perlu membayar RM60 juta yang dibelanjakan Kerajaan Negeri selama 16 tahun bagi membiayai kerja penyelengaraan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai (Lembah Subang 1) jika berhasrat mengambil alih pengurusan bangunan perumahan terbabit.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana wang RM60 juta itu adalah hak rakyat yang perlu dikembalikan semula kepada rakyat.

https://selangorkini.my/2017/04/selesaikan-bayaran-rm60-juta-jika-persekutuan-mahu-ambil-alih-pengurusan/
4. Made In Selangor buka peluang usahawan luas pasaran

“Sebenarnya produk tempatan lebih bagus dari produk import. Barangan mereka sebenarnya lebih berkualiti berbanding barangan luar yang jauh lebih mahal.

“Jadi saya menyokong inisiatif Kerajaan Negeri ini dan berharap ia berterusan membantu peniaga tempatan kita dan secara tidak langsung membantu perkembangan ekonomi itu sendiri,” katanya.

https://selangorkini.my/2017/04/made-in-selangor-buka-peluang-usahawan-luas-pasaran/
5. Awas, seorang daripada tiga rakyat Malaysia hidapi kesakitan mental

Seorang daripada tiga penduduk negara ini menghidap kesakitan dan masalah isu berkaitan mental, kata Profesor di Jabatan Perubatan Psikologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr Nor Zuraida Zainal.

Beliau berkata, golongan wanita lebih berpotensi mengalami kesakitan mental berbanding lelaki berdasarkan faktor persekitaran dan tekanan dihadapi golongan itu.

https://selangorkini.my/2017/04/awas-seorang-daripada-tiga-rakyat-malaysia-hidapi-kesakitan-mental/

 

DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT


Pengarang :