Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 1 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:

1. MB: Terpulang kepada SPRM untuk siasat

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan terpulang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dirinya berhubung dakwaan rasuah lampau seperti yang dibangkit semula segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, sudah menjadi tanggungjawab SPRM membenteras gejala rasuah dan beliau bersikap terbuka berhubung perkara itu.

https://selangorkini.my/2017/04/mb-terpulang-kepada-sprm-untuk-siasat/

2. Pentadbiran cemerlang PAKATAN bukti mampu ambil alih Putrajaya

Kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Selangor dengan pencapaian ekonomi membanggakan membuktikan PAKATAN berkemampuan mengambilalih pentadbiran negara di Putrajaya, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pentadbiran Kerajaan Negeri yang ditunjangi penuh berintegriti dan tanggungjawab itu membabitkan kesepakatan semua parti di dalam PAKATAN dan diakui Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

https://selangorkini.my/2017/04/pentadbiran-cemerlang-pakatan-bukti-mampu-ambil-alih-putrajaya/

3. Persekutuan beri cadangan ‘gagal’, Selangor sedia skim bantu rakyat beli rumah

Ketika Putrajaya tampil dengan saranan ‘milikan cara baru memiliki kediaman’ yang mengundang kritikan rakyat, Kerajaan Negeri tampil dengan inisiatif berkebajikan dalam membantu rakyat memiliki kediaman sendiri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, warga Selangor khususnya mereka yang berpendapatan sederhana diberi pilihan untuk menyertai Skim Smart Sewa yang dilaksanakan di peringkat negeri ini.

https://selangorkini.my/2017/04/persekutuan-beri-cadangan-gagal-selangor-sedia-skim-bantu-rakyat-beli-rumah/

4. PAKATAN kukuh di Selangor

Kecemerlangan pentadbiran Pakatan Harapan (PAKTAN) di Selangor membuktikan kesepakatan semua parti dalam gabungan itu dan tiada masalah berbangkit membelenggunya.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak timbul isu supaya PAS menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri kerana PAKATAN di negeri itu kini menjadi contoh kepada pentadbiran di negeri lain.

https://selangorkini.my/2017/04/pakatan-kukuh-di-selangor/

5. Budaya tradisi keilmuan demi pembangunan Selangor

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali gembira dengan sambutan yang dipamerkan pengunjung pada Pesta Buku Selangor 2017 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Katanya, penganjuran kali ke-12 itu menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri membudayakan tradisi keilmuan melalui pembacaan buku berkualiti demi membangun bangsa dan memakmur negeri.

https://selangorkini.my/2017/04/budaya-tradisi-keilmuan-demi-pembangunan-selangor/

DISEDIAKAN OLEH NURUL FARINA NAZLAN


Pengarang :