Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 10 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:

1. PREC, Bazaar Paknil tambah 20% pengunjung Kompleks PKNS

Hasrat Kerajaan Negeri dalam menjadikan Shah Alam sebagai Kota Seni terus diperkembangkan lagi PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) dengan mewujudkan Bazaar Paknil di Kompleks PKNS, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Fakru Radzi Abdul Ghani, menjangkakan pertambahan 20 peratus pengunjung ke Tempat Orang Lokal (TOL) di kompleks itu.

https://selangorkini.my/2017/04/prec-bazaar-paknil-tambah-20-pengunjung-kompleks-pkns/

2. Cikgu Seman kongsi pengalaman didik Sultan Muhammad V

Seorang guru berkongsi kisahnya mendidik Sultan Muhammad V ketika di bangku sekolah sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, di Balairung Seri, Istana Negara, pada 24 April ini.

Beliau adalah [email protected] Hassan, iaitu bekas guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail I, Kota Bharu, yang menceritakan Sultan Muhammad V tidak diberikan layanan istimewa demi untuk mendidik baginda.

https://selangorkini.my/2017/04/cikgu-seman-kongsi-pengalaman-didik-sultan-muhammad-v/

3. Tetuang Udara

SAYA terasa seolah-olah memasuki zon kesunyian biarpun sebenarnya saya kini telah menetap di kota raya setelah menerima tawaran bekerja di sebuah syarikat swasta ternama. Semua sedia maklum bahawa di kota raya ini, berpusu-pusu manusia mencari rezeki. Kesesakan lalu lintas tidak perlu dirungkai cerita lagi kerana sehingga detik kita mengejar mimpi, bunyi hon dan enjin kenderaan ikut sama berkejaran. Walaupun begitu, yang saya rasakan hanyalah kesunyian di kota raya ini sejak pertama kali menjejakkan kaki ke sini.

Sahabat-sahabat sepejabat mencadangkan saya ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kata mereka, saya pasti teruja ke sana melihat pelbagai ragam manusia menjual dan membeli-belah terutama ketika menghampiri musim perayaan. Kata mereka lagi, saya tidak akan berasa kesunyiaan jika berada di sana kerana suasana di sana sememangnya riuh-rendah.

https://selangorkini.my/2017/04/tetuang-udara/

4. AMK kecam Speaker, ingatkan Umno jangan jadikan RUU 355 modal politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik saranan etua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima usul Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, polemik RUU 355 yang dimainkan Umno sebelum ini tidak wajar digunakan sebagai modal politik dan menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

https://selangorkini.my/2017/04/amk-kecam-speaker-ingatkan-umno-jangan-jadikan-ruu-355-modal-politik/

5. Umat Islam mesti jadi kaya

Peserta HIJRAH Selangor diseru untuk konsisten dengan perniagaan dijalankan dan tidak mudah berputus asa dengan cabaran mendatang.

Ahli Dewan Negeri Bangi, Shafie Ngah berkata, peserta juga diingatkan untuk tidak terpedaya dengan sebarang ‘jalan pintas’ dalam perniagaan.

https://selangorkini.my/2017/04/umat-islam-mesti-jadi-kaya/

DISEDIAKAN OLEH NURUL FARINA NAZLAN


Pengarang :