UAE mahu jadi negara Islam pertama jejak Marikh 2021, bina koloni 2117 | Selangorkini


UAE mahu jadi negara Islam pertama jejak Marikh 2021, bina koloni 2117

ABU DHABI – EMERIAH ARAB BERSATU 15 APRIL: Emeriah Arab Bersatu (UAE) mahu menjadi negara Islam pertama menjejakkan kaki di planet Marikh pada 2021 serta berhasrat membina bandar sesuai didiami di planet itu pada 2117.

Sasaran juga ditetapkan untuk pelancaran kapal angkasa pada Julai 2020
melalui Emirates Mars Mission (EMM) untuk ke Marikh yang mengambil masa tujuh bulan.

Malahan misi juga sasar untuk menghantar angkasawan pertamanya ke angkasa lepas dalam beberapa tahun lagi.


Portal khaleejtimes.com melaporkan keinginan itu diluahkan oleh Raja Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum semasa lawatannya ke Pusat Angkasa Lepas Sheikh Mohammed Rashid pada 13 April lalu.

Dalam lawatan tersebut, Sheikh Mohammed juga melancarkan Program Angkasa Lepas Kebangsaan UAE iaitu sebuah program 100 tahun memperkasakan agensi angkasa lepas UAE.

MARS_RULERS“Kami mempersiapkan angkasawan Emeriah dan Arab untuk menyertai kumpulan saintis di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS),” kata Sheikh Mohammed.

Program itu mempersiapkan angkasawan untuk pergi ke Marikh, membina koloni menggunakan robot dan melatih lebih banyak angkasawan Emeriah.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next