Selangorkini
SELANGOR

Ubah sikap, contohi kehidupan rakyat Jepun

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PUCHONG, 27 APR: Masyarakat Malaysia perlu mencontohi kehidupan bermasyarakat yang diamalkan rakyat Jepun dalam mengekalkan keharmonian komuniti setempat negara itu.

Selebriti tempatan, Heliza Helmi menyingkap pengalaman ketika berada di negara matahari terbit itu ketika bercuti ke negara berkenaan, baru-baru ini.

“Kehidupan bermasyarakat di Jepun sangat berbeza. Mereka mengamalkan sikap tolak ansur sesama mereka dan menitikberatkan aspek kebersihan dalam komuniti mereka.

SKORA (4)“Jepun sangat bersih dan masyarakatnya juga berdisplin dalam menjaga kepentingan hak strata dan harta awam sesama mereka.

“Amalan ini wajar dicontohi rakyat Malaysia untuk lebih positif dalam menerapkan sikap tanggungjawab sesama anggota masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada bual bicara santai Program Skim Pengenalan Pengurusan Kehidupan Strata (SKORA) anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan usahama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Sekolah Menengah Kebangsaan Punchong Permai, di sini, hari ini.

Inisiatif porgram dijalankan sebagai usaha LPHS dan MPSJ mendidik generasi muda menghargai kepentingan penjagaan harta awam dalam komuniti strata di negeri itu.

SKORA yang dilaksanakan sejak 2015 adalah penjenamaan semula Program Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni (BCH).

Penganjurannya turut didukung sepenuhnya pihak berkuasa tempatan, jabatan pendidikan negeri dan sekolah terpilih seluruh negeri.


Pengarang :