UNISEL sokong usaha lahir atlet cemerlang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

UNISEL sokong usaha lahir atlet cemerlang

OLEH HAFIZAN TAIB

BUKIT JALIL, 19 APRIL: Universiti SeLangor (UNISEL) akan memberi kerjasama penuh kepada Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menjayakan program ‘One State One Universiti One Centre’ ke arah melahirkan atlet cemerlang demi kemajuan sukan negara.

Naib Canselor UNISEL, Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, program itu senada slogan universiti terbabit iaitu ‘Pendidikan Tinggi Untuk Semua’ dengan tiada pihak atau kumpulan tersisih daripada mendapat pendidikan tinggi.


“Ia merangkumi ahli sukan yang juga perlu mendapat pendidikan tinggi dan sudah tentu pendekatan diambil UNISEL dapat mewujudkan kerjasama lebih erat dengan MSN.

“UNISEL berbesar hati menyokong dan ingin bersama membantu negara dalam melahirkan atlet sukan cemerlang termasuk dalam akademik,” katanya ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara MSN bersama UNISEL dan MSN Selangor, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Pengarah Eksekutif MSN Selangor, Mohd Zubir Idrus.

IMG_20170418_155601_963Dr Mohammad Redzuan berkata, UNISEL mempunyai kemudahan sedia ada bagi tujuan berkenaan antaranya tasik seluas kira-kira 230 ekar yang perlu diberi perhatian untuk dibangunkan bagi melahirkan atlet sukan kayak bertaraf kebangsaan juga antarabangsa.

Katanya, UNISEL turut mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dengan menyalurkan bantuan kewangan diperlukan.

“Saya ingin melihat UNISEL melahirkan ahli sukan kayak bukan setakat bertaraf kebangsaan tetapi berstatus Olimpik dan saya yakin dengan kemudahan sedia ada (jika dibangunkan), kita mampu melakukannya,” katanya.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next