Wajah baru Taman Eko Rimba Kanching | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Wajah baru Taman Eko Rimba Kanching

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 APR : Seramai 109 pelajar membabitkan tenaga pengajar daripada Fakulti Lanskap, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Institut Kraf Rawang dan warga kerja Tourism Selangor membersihkan pusat pelancongan popular, Taman Eko Rimba Ranching, pada 6 April lalu.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, usaha murni itu dijalankan sempena kempen Hari Bumi sepanjang April ini membabitkan penyertaan beberapa agensi setempat.


“Inisiatif diusahakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menjaga kebersihan dan alam sekitar khususnya di tempat tarikan pelancong supaya pengunjung dapat menikmati keindahan alam serta menghirup udara segar tanpa sebarang gangguan.

TAMAN EKO KANCHING“Tourism Selangor juga amat menghargai jasa pihak yang terbabit bagi aktiviti gotong-royong ini dan mengharapkan pengunjung Taman Eko Rimba Kanching berasa lebih selesa untuk datang beriadah serta bersama menjaga serta mengekalkan kebersihan kawasan rekreasi ini,” katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari program berlangsung termasuk pembersihan kawasan air terjun Kanching dan tapak perkelahan orang awam.

Selain itu, mereka juga turut mengecat pondok rehat serta tempat persalinan di kawasan air terjun yang mempunyai ketinggian tujuh tingkat berkenaan.

Sementara itu, program berkenaan turut mendapat kerjasama baik daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang yang menaja peralatan gotong-royong.

Terdahulu, Taman Eko Rimba Kanching adalah destinasi hutan rimba yang cukup sinonim dalam kalangan masyarakat setempat.

Keindahan flora dan faunanya turut menjadi tarikan utama selain sering menjadi lokasi tumpuan kepada orang awam yang gemarkan aktiviti pendakian.

Taman Eko Rimba Ranching terletak di kawasan Ulu Yam berhampiran Templer Park Rawang.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next