Ajaran sesat semakin membarah, masjid digesa lebih inklusif | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

Ajaran sesat semakin membarah, masjid digesa lebih inklusif

OLEH LIZAWATI MADFA

HULU SELANGOR, 20 MEI: Sebanyak 35 ajaran sudah difatwa dan diwartakan Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai sesat kerana menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, 21 daripada jumlah berkenaan didapati masih bergerak aktif sementara 14 lagi tidak aktif.


Katanya, ia menunjukkan bahawa umat Islam mudah terkeliru hingga berpecah kepada ajaran menyeleweng dan bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Ini juga membuktikan betapa parah dan seriusnya kecelaruan pemikiran umat Islam di Selangor.

“Saya berasa amat sedih dan kecewa di atas perkara ini dan mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengambil tindakan serius bagi membanteras sebarang usaha penyelewengan agama dan ajaran sesat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Jelajah Karnival Kampungku Kesayanganku di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Sungai Buaya, di sini, semalam.

Pada masa sama, Ahmad Yunus berkata, masjid perlu beroperasi sebagai jantung pembangunan masyarakat setempat dan bukan sekadar pusat amalan ritual Islam semata-mata.

Katanya, pengurusan masjid perlu lebih terbuka dan matang dalam melayan tuntutan masyarakat yang ingin melihat masjid sebagai pusat riadah keluarga, pusat kebajikan, pusat sukan anak muda, pusat ekonomi setempat dan pelbagai lagi.

“Digesa pengurusan masjid meneroka peluang dan ruang dakwah baru supaya masyarakat bukan Islam lebih menghormati masjid.

“Jawatankuasa masjid juga perlulah bersikap lebih inklusif dan bukan ekslusif,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next