Selangorkini
BERITA UTAMA NASIONAL

Anwar: Jangan tergoda dengan anugerah dana menjelang PRU

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 MEI: Ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) diingatkan supaya kekal berpegang pada prinsip perjuangan dan tidak mudah digoda dengan tawaran lumayan pihak lawan.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal ini berikutan sudah menjadi kelaziman terdapat segelintir ahli yang mudah dibeli bagi memburukkan KEADILAN setiap kali menjelang pilihan raya.

“Elit penguasa tidak akan berupaya mempertahankan kecurangan dan skandal besar yang berlaku; maka mereka pasti akan menghangatkan isu kaum dan agama.

“Kita juga harus mewaspadani percubaan mereka untuk menghasut ke arah perseteruan dan seperti lazimnya menjelang setiap PRU, ada saja ahli yang terkulai layu dengan anugerah dana oleh mereka dan akan melalak kuat di corong TV3 menurut skrip penguasa,” katanya.

Nurul IzzahAnwar berkata demikian dalam amanatnya yang dibacakan oleh anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN Ke-12 di Dewan Raja Muda Musa di sini, hari ini.

Jelasnya, ahli KEADILAN harus memiliki pendirian mantap dan padu di bawah pimpinan Presiden yang bergandingan dengan Timbalan Presiden, Naib-Naib, Setiausaha Agung dan barisan pimpinan yang lain bagi membolehkan parti itu bergerak sederap untuk berjuang hingga menang.

=EZY=


Pengarang :