ARC2017: Malaysia tewaskan Filipina 40-8 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

ARC2017: Malaysia tewaskan Filipina 40-8

SHAH ALAM, 18 MEI: Malaysia mengukuhkan kedudukan teratas dalam carta Kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen 1 apabila berjaya mengalahkan Filipina 40-8 pada perlawanan kedua di Padang Ipoh, semalam.

Aksi cemerlang pasukan negara dapat dilihat seawal permainan biarpun tanpa kelibat tiga tonggak utama akibat kecederaan serius.

Hasil semangat dan disiplin tinggi sehingga tamat perlawanan, Skuad kendalian Lee Yuk Fah diketuai Syahir Asraf Rosli itu berjaya membuat enam ‘try’, dua ‘conversion’ dan satu penalti untuk mendapat 40 mata.


Terdahulu, Yuk Fah ketika ditemui pemberita sebelum perlawanan menyifatkan aksi tersebut sebagai penebus kekalahan tahun lalu di Kuala Lumpur.

“Kamu mahukan kemenangan dan kemenangan ini sebagai penebus kekalahan tahun lalu pada kejohanan sama, bagi saya setiap perlawanan seperti perlawanan akhir.

“Oleh itu saya mahukan setiap pemain sentiasa fokus untuk memenangi setiap perlawanan,” katanya dipetik Bernama.

Terdahulu, Sri Lanka mengalahkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 33-17 hasil dari empat try, dua conversion dan tiga penalti.

Pada perlawanan ketiga Sabtu ini, Malaysia yang juga juara bertahan akan bertemu Sri Lanka manakala UAE akan melawan Filipina.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next