ASNB: LZS lebar dakwah usaha kutip zakat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

ASNB: LZS lebar dakwah usaha kutip zakat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan berusaha melebarkan dakwah kepada pemegang unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di negeri ini dalam usaha meningkatkan kutipan zakat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hussin Mohd Ali berkata, inisiatif terbabit diambil kira selepas Jabatan Mufti Selangor memutuskan pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi ASNB itu adalah harus.


Katanya, LZS juga dalam usaha mendapatkan kerjasama semua pihak termasuk PNB untuk mengenal pasti jumlah pemegang unit ASNB di negeri itu.

“Berdasarkan jumlah pelaburan PNB, kita yakin pemegang paling ramai di Lembah Klang khususnya di Selangor.

“Oleh itu, kita dalam usaha memohon kerjasama PNB dalam hal ini. Jika sebelum ini, kita tidak mempedulikannya tetapi kerana Jabatan Mufti sudah memutuskan ia harus, maka kita akan memberi lebih kesedaran untuk membayar zakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Perasmian Program Kasihku Zakat Selangor di Hotel Blue Wave, di sini.

Pada masa sama, Hussin berkata, LZS mengutip RM5.51 bilion sejak 1994 hingga 2016, manakala agihan pula RM4.952 bilion bagi tempoh sama.

Katanya, tahun lalu, LZS mengeluarkan agihan RM697 juta melebihi kutipan sebanyak RM674 juta.

ketua-pegawai-eksekutif-lzs-hussin-mohd-aliBeliau turut yakin sasaran RM700 juta berjaya dikutip tahun ini walaupun LZS memerlukan RM826 juta untuk disalurkan kepada penerima yang layak.

“Jumlah pembayar zakat tahun lalu adalah 267,000 dari 3.4 juta rakyat di negeri ini, sekali gus menjadi cabaran terbesar bagi LZS dalam meningkatkan usaha kutipan.

“Hasil kajian dilakukan, rakyat Selangor berusia 21 hingga 31 tahun adalah golongan terendah sebagai pembayar kerana mereka menganggap tidak layak membayar zakat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan 1.5 juta penduduk di negeri itu berpotensi membayar zakat.

“Jumlah asnaf fakir dan miskin di negeri ini semakin meningkat setiap tahun, LZS terpaksa menangguhkan beberapa jenis bantuan ekoran sumber tidak mencukupi.

“Daerah Petaling mencatatkan jumlah asnaf fakir dan miskin paling tinggi iaitu 8,110 diikuti Klang 7,657,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next