Bilangan penjaja bazar Ramadan susut | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

Bilangan penjaja bazar Ramadan susut

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 MEI: Bilangan penjaja menyertai Bazar Ramadan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tahun ini dilihat mengalami penyusutan berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Pelesenan, Rosli Bakar berkata, hanya 1,790 tapak bazar dikeluarkan tahun ini berbanding 2,300 tapak di sediakan di kesemua 35 lokasi seluruh Shah Alam.


Katanya, bazar Ramadan di Stadium Shah Alam menawarkan 400 tapak, namun hanya 280 dikeluarkan menjadikan baki tapak kosong 120.

“Mungkin faktor kesuraman ekonomi semasa menjadi penyebab kepada trend penyusutan penjaja tahun ini.

IMG_7747“Syarat yang sudah diperketat juga dipercayai punca kepada penurunan ini kerana satu nama kini hanya boleh memohon di satu lokasi tapak sahaja berbanding kaedah lain tahun sebelumnya,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui sejurus selesai Majlis Penutup Taklimat Bazar Ramadan dan Penyerahan Permit Bazar Ramadan MBSA 2017, di sini, semalam.

Rosli berkata, pendaftaran bazar Ramadan masih terbuka dan mereka berminat boleh hubungi MBSA untuk lengkapkan borang pendaftaran serta prosedur lain.

“Kadar bayaran permit bagi jenis jualan makanan dan minuman adalah di antara RM257 hingga RM347, mengikut kategori berbakar dan tidak berbakar,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next