China pasang pelancar roket di terumbu Laut China Selatan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

China pasang pelancar roket di terumbu Laut China Selatan

GLOBAL 17 MEI: China dilaporkan sudah memasang pelancar roket di terumbu di Laut China Selatan yang dipertikaikan pelbagai negara, menurut media negara itu.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan pemasangan kelengkapan aset ketenteraan dan pembinaan bangunan adalah terhad seperti dilakukan di wilayah kawalan negara itu.

Amerika Syarikat sebelum ini mengkritik tindakan ketenteraan China di wilayah maritim itu.


Akhbar Defence Times melaporkan pada Selasa, China memasang pelancar jenis Norinco CS/AR-1 55mm anti-frogman yang mempunyai keupayaan mencari, mengenalpasti dan menyerang pihak musuh.

Fiery Cross Reef ditadbir China namun kawasan itu turut menjadi tuntutan Filipina, Vietnam dan Taiwan.

Pelancar RoketLaporan itu tidak menyebut bila sistem itu dipasang namun ia sebahagian tindak balas yang bermula pada Mei 2014 apabila penyelam Vietnam memasang jaring untuk perikanan di Kepulauan Paracel.

China membina infrastruktur dan kerja penambakan di Fiery Cross Reef termasuk membina lapangan terbang.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next