GLOBAL

China rancang bina pusat pemantauan bawah laut di Laut China Selatan

GLOBAL 30 MEI: China merancang membina pusat pemantauan bawah laut besar-besaran di wilayah pertikaian di Laut China Selatan yang menurut pakar ia boleh digunakan untuk mengesan pergerakan kapal asing.

Agensi Berita Tempatan China CCTV News melaporkan kos pembinaannya kira-kira 2 billon yuan ($290 juta) dan pembinaannya itu menjadi platform pusat pengumpulan data dan menyokong kajian maritim di dua wilayah lautan.

China antara negara yang terlibat dalam tuntutan pertindihan wilayah dengan beberapa negara di wilayah itu dilaporkan turut membina infrastruktur ketenteraan di pulau pertikaian serta meletakkan aset persenjataannya.

CNN melaporkan tiada petunjuk bila projek pemantauan bawah laut itu bakal dibina namun menurut pakar tindakan itu bakal mengundang rasa tidak puas hati negara terlibat dalam tuntutan bertindih wilayah itu.

CCTV News menyatakan rancangan pembinaan projek itu hanya untuk tujuan kajian sains ekoran China mahu mencapai status sebagai ‘kuasa besar lautan’.

Sebelum ini, China dilaporkan sudah memasang pelancar roket di terumbu di Laut China Selatan yang dipertikaikan pelbagai negara, menurut media negara itu.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan pemasangan kelengkapan aset ketenteraan dan pembinaan bangunan adalah terhad seperti dilakukan di wilayah kawalan negara itu.

Amerika Syarikat sebelum ini mengkritik tindakan ketenteraan China di wilayah maritim itu.

Akhbar Defence Times melaporkan, China memasang pelancar jenis Norinco CS/AR-1 55mm anti-frogman yang mempunyai keupayaan mencari, mengenalpasti dan menyerang pihak musuh.

=EZY=


Pengarang :