Dua pesawat AS F-22 Raptor dikerah iringi pesawat American Airlines | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Dua pesawat AS F-22 Raptor dikerah iringi pesawat American Airlines

GLOBAL 20 MEI: Dua jet pejuang milik tentera Amerika Syarikat jenis yang sukar dikesan radar F-22 Raptors dilaporkan dikerah bagi mengiringi pesawat American Airlines Flight 31 menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu.

Agensi Berita Amerika Syarikat CNBC melaporkan ia ekoran berlakunya tindakan individu dipercayai mahu memecah masuk ke ruangan kokpit pesawat penumpang yang membawa 181 penumpang dan enam anak kapal.

Media tempatan turut melaporkan seorang penumpang cuba memasuki kokpit pesawat yang sedang dalam penerbangan dari Los Angeles ke Honolulu.


“Dua pesawat F-22 Raptor dari Pangkalan Udara Hawaii dikerah sebagai respon terhadap gangguan oleh penumpang ketika pesawat menujy ke Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu,” kata Komander Tentera Laut Amerika Syarikat, Dave Benham dalam emelnya kepada CNBC.

IringSementara itu, konsortium tiga rangkaian televisyen bersekutu, HawaiiNewsNow, berkata anak kapal dan seorang pegawai polis Honolulu yang tidak bertugas berjaya menahan penumpang berkenaan.

Dalam pada itu, American Airlines mengesahkan anak kapal pesawat dari Los Angeles menuju ke Honolulu terbabit ada memohon bantuan pihak berkuasa bagi mengiringi pesawat Airbus A321 berkenaan, berikutan ‘gangguan ketika dalam penerbangan’.

Menurut syarikat penerbangan itu, pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat di Honolulu pada jam 11:35 pagi (waktu tempatan). Tiada kecederaan dilaporkan.

Insiden itu berlaku kira-kira dua jam sebelum pesawat mendarat di Honolulu.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next