Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Empat empangan catat bacaan paras air 100%

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 2 MEI: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesahkan kapasiti air bagi kesemua empangan air di Selangor berada dalam keadaan baik dan memuaskan walaupun sebelum ini berlaku paip utama pecah di Sungai Buloh pecah, baru-baru ini.

Menurut laman sesawang LUAS, mendapati tujuh empangan berada di tahap melebihi 90 peratus .

Takungan air di empangan Sungai Selangor mencatatkan pada tahap 100 peratus atau 230 meter padu.

Tiga lagi empangan juga mencapatkan bacaan 100 peratus iaitu empangan Semenyih pada tahap 59.30 meter batu, Langat (34.10 meter padu) dan Tasik Subang (4.21 meter padu).

Manakala Kolam Takungan Sungai Labu (ORS) mencatatakan paras empangan 99.62 peratus dan Sungai Tinggi 93.57 peratus dan

Selain itu, Klang Gates mencatatkan pada paras 91.18 peratus dan Batu sebanyak 70.20 peratus iaitu 22.44 meter padu.

=EZY=


Pengarang :